Monday, 16 November 2009

Kisah Buah Ceri...



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Cerita untuk renungan, Ada sebuah hikayat di suatu negeri dekat Laut Carribean, terdapat 2 rakan yang sangat karib. Yang seorang itu, sanggup buat apa sahaja demi kawannya. Tapi yang seorang lagi tu amatlah liat. Apa saja yang dia mahu pasti dia minta tolong kawannya. Tapi mujurlah, si kawan yang baik hati itu, tak pernah jemu-jemu pula menolong kawannya itu.


Pada suatu hari,mereka berjalan-jalan di dalam sebuah kebun ceri. Kata seorang kawan "Aku teringin benar nak makan buah ceri yang masak ranum itu, tapi aku malaslah nak panjat" Maka jawab si kawan baiknya itu" Oh ya ker? Tapi aku memang tak pandai nak panjat….tapi" Beliau berfikir seketika dan berkata balik kepada kawannya "Setahu aku buah ni mudah gugur, lagipun dia sedang ranum tu! Kalau datang angin kuat sikit, tentu bertaburanlah buah ini akan gugur, beraya sakanlah kita" Balas si kawan tadi "Oh, begitu ke?"


Maka berkatalah kawan baik itu memberi cadangan " Kalau begitu, kita tunggu ajelah angin kuat sikit, mungkin dia gugur dan bolehlah kita sama-sama kutip nanti" Balas si kawan tadi " Tapi, malaslah aku nak kutip" Maka jawab si kawan baik, "Kalau begitu kau pergi ajelah kat bawah pohon tu, kau tadahlah tangan ke, baju ke" Balas si kawan tadi "Tapi, aku malaslah nak tadah" Kata si kawan baik "Kalau begitu, kau nganga ajelah kat bawah pohon tu, pasti buah-buah yang gugur itu terus jatuh ke mulut kau" Dia pun setuju, lalu dingangalah mulutnya luas-luas.


Dengan takdir Tuhan, tak sampai seminit, berlakulah angin yang kuat, maka buah-buah ceri itupun berguguranlah. Maka masuklah 5 biji buah ceri ke dalam mulutnya. "AlhamduLillah, rezeki" kata si kawan baik lalu bergegaslah dia mengutip sambil memakan buah yang sangat lazat itu.


Tengah-tengah dia kutip, dia agak terkejut pasal si kawan tadi masih ternganga mulutnya. Oleh kerana hairan, dia pun bertanya "Kenapa kau tak makan? Ada ulat ke?" Maka dengan mulut yang penuh ceri, dia menjawab dengan ikhlas, " Tak, aku malas nak kunyah".

1 comment: