Wednesday 18 November 2009

'Dia Lebih Muda ??'



Di Barat, ia seperti aliran terkini apabila ramai selebriti memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh jurang usia mereka.




Senario yang sama juga berlaku di negara kita apabila ramai lelaki memilih wanita yang umurnya bertahun-tahun lebih tua daripada mereka untuk dijadikan isteri.




Situasi lelaki muda mendominasi wanita lebih berusia dikatakan lahir daripada pelbagai alasan. Antaranya faktor pengaruh aliran semasa. Mungkin kedudukan yang kukuh samada dari segi pekerjaan, pangkat, kewangan dan keperluan lain menjadi tarikan lelaki muda lebih terpikat kepada wanita berusia disamping pengarah media yang tidak kurang penting.




Pandangan berikut boleh menjadi tali penguat jika anda menjalinkan hubungan dengan seseorang yang lebih tua atau jauh jarak usianya daripada anda. Antaranya...




  • Jangan fokus kepada angka jika berhasrat meneruskan sesuatu hubungan. Apa yang penting, keserasian, boleh berbicara dengan baik dan menyayangi satu sama lain.


  • Jika orang lain nampak tidak selesa dengan perhubungan anda, biarkan mereka kerana umur bukanlah pengaruh utama kepada perhubungan yang sihat.


  • Pandangan pakar mengatakan jurang usia 10 tahun tidak menjadi masalah, tetapi apabila jurangnya terlalu jauh seperti melbihi 20 tahun, mungkin mencetuskan masalah apabila meningkat tua. Ketika itu si lelaki menemui matlamat hidupnya dan pasangannya pula runsing dengan proses penuaan yang dilalui. Tetapi, jika perbincangan dan persetujuan sudah dicapai, bermakna masing-masing sudah bersedia menghadapi kemungkinan. Hanya kejujuran kepada Tuhan atas ketentuan dan utamakan kejujuran.


  • Memang ada impak positif dan negatif bercinta dengan seseorang yang berbeza generasi. Cuma apabila berpasangan dengan lelaki lebih muda, anda juga memilik jiwa yang sama.


  • Kejayaan dalam perhubungan bergantung kepada motivasi yang wujud dalam diri masing-masing. Usia bukanlah pengukur kehebatan dan kematangan seseorang. Perbezaan umur adakalanya membantu salah seorang dalam aspek nasihat mengenai kehidupan serta kerjaya.


  • Jika memilih untuk mempunyai pasangan lebih muda, jangan fikirkan soal umur, sebaliknya fikirkan samada perhubungan itu baik untuk anda atau tidak kerana elemen yang menambah sesuatu perhubungan ialah hubungan emosi dan bukan fizikal semata-mata.


  • Terima pasangan supaya dia menerima anda seadanya. Apa yang penting, anda akan tahu mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki kerana mengubah personaliti seseorang mengikut kehendak kita tidak menjanjikan kebahagian.


  • Anda tidak mampu mengubah perangai pasangan. Ini kerana, insan itu sendiri yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda boleh berbincang, tetapi tidak boleh mengubahnya mengikut apa yang anda mahu kerana pasangan yang lebih muda mempunyai egonya sendiri. Mungkin apabila usianya makin meningkat, perubahan akan berlaku.


Monday 16 November 2009

Kisah Buah Ceri...



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Cerita untuk renungan, Ada sebuah hikayat di suatu negeri dekat Laut Carribean, terdapat 2 rakan yang sangat karib. Yang seorang itu, sanggup buat apa sahaja demi kawannya. Tapi yang seorang lagi tu amatlah liat. Apa saja yang dia mahu pasti dia minta tolong kawannya. Tapi mujurlah, si kawan yang baik hati itu, tak pernah jemu-jemu pula menolong kawannya itu.


Pada suatu hari,mereka berjalan-jalan di dalam sebuah kebun ceri. Kata seorang kawan "Aku teringin benar nak makan buah ceri yang masak ranum itu, tapi aku malaslah nak panjat" Maka jawab si kawan baiknya itu" Oh ya ker? Tapi aku memang tak pandai nak panjat….tapi" Beliau berfikir seketika dan berkata balik kepada kawannya "Setahu aku buah ni mudah gugur, lagipun dia sedang ranum tu! Kalau datang angin kuat sikit, tentu bertaburanlah buah ini akan gugur, beraya sakanlah kita" Balas si kawan tadi "Oh, begitu ke?"


Maka berkatalah kawan baik itu memberi cadangan " Kalau begitu, kita tunggu ajelah angin kuat sikit, mungkin dia gugur dan bolehlah kita sama-sama kutip nanti" Balas si kawan tadi " Tapi, malaslah aku nak kutip" Maka jawab si kawan baik, "Kalau begitu kau pergi ajelah kat bawah pohon tu, kau tadahlah tangan ke, baju ke" Balas si kawan tadi "Tapi, aku malaslah nak tadah" Kata si kawan baik "Kalau begitu, kau nganga ajelah kat bawah pohon tu, pasti buah-buah yang gugur itu terus jatuh ke mulut kau" Dia pun setuju, lalu dingangalah mulutnya luas-luas.


Dengan takdir Tuhan, tak sampai seminit, berlakulah angin yang kuat, maka buah-buah ceri itupun berguguranlah. Maka masuklah 5 biji buah ceri ke dalam mulutnya. "AlhamduLillah, rezeki" kata si kawan baik lalu bergegaslah dia mengutip sambil memakan buah yang sangat lazat itu.


Tengah-tengah dia kutip, dia agak terkejut pasal si kawan tadi masih ternganga mulutnya. Oleh kerana hairan, dia pun bertanya "Kenapa kau tak makan? Ada ulat ke?" Maka dengan mulut yang penuh ceri, dia menjawab dengan ikhlas, " Tak, aku malas nak kunyah".

Friday 28 August 2009

Wanita Hiasan Dunia...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidakmenitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki ituakan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalammatanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nakmenerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih inginmenganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dantulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung takberguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikanrespon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggupanggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanyakenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untukmemikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicarioleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelakiyang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu dihatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan merekasemata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuhhati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakansurprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahuhanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday 8 August 2009

Sayang, Cinta Dan Janji....

Bila kita kata "saya sayang awak".. maksudkanlah kata2 2..

Bile kita kata "saya cinta pada awak"...pandanglah mata..biar dia tahu sedalam mana cinta kita padanya...

Bila kita berjanji padanya..tolong la !! tunaikan !! jika tidak dia akan kecewa...

Kerana...

Orang yang tidak tahu menilai dan menghargai org yang menyayangi dia adalah orang yang rugi...

Oleh itu, jujur dan setialah pasangan anda. Fahamilah dia..

Terimalah kekurangan dan kebaikannya..

Tutupkanlah kekurangannya yang sedikit itu dengan kebaikan yang ada pada dirinya...


Wasalam..

~DekY@~

Wednesday 29 July 2009

PERCUBAAN PERTAMA


Eeemmm....percubaan pertama untuk aku menulis blog ini...

Sebenarnye..aku pon xtau nak tulis ape..

Belum ade idea lagi..hahaha
Nantikan blog yang sebenar2nyer xlame lagi..
Insya Allah...Cau dulu..