Wednesday, 18 November 2009

'Dia Lebih Muda ??'



Di Barat, ia seperti aliran terkini apabila ramai selebriti memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang jauh jurang usia mereka.




Senario yang sama juga berlaku di negara kita apabila ramai lelaki memilih wanita yang umurnya bertahun-tahun lebih tua daripada mereka untuk dijadikan isteri.




Situasi lelaki muda mendominasi wanita lebih berusia dikatakan lahir daripada pelbagai alasan. Antaranya faktor pengaruh aliran semasa. Mungkin kedudukan yang kukuh samada dari segi pekerjaan, pangkat, kewangan dan keperluan lain menjadi tarikan lelaki muda lebih terpikat kepada wanita berusia disamping pengarah media yang tidak kurang penting.




Pandangan berikut boleh menjadi tali penguat jika anda menjalinkan hubungan dengan seseorang yang lebih tua atau jauh jarak usianya daripada anda. Antaranya...




  • Jangan fokus kepada angka jika berhasrat meneruskan sesuatu hubungan. Apa yang penting, keserasian, boleh berbicara dengan baik dan menyayangi satu sama lain.


  • Jika orang lain nampak tidak selesa dengan perhubungan anda, biarkan mereka kerana umur bukanlah pengaruh utama kepada perhubungan yang sihat.


  • Pandangan pakar mengatakan jurang usia 10 tahun tidak menjadi masalah, tetapi apabila jurangnya terlalu jauh seperti melbihi 20 tahun, mungkin mencetuskan masalah apabila meningkat tua. Ketika itu si lelaki menemui matlamat hidupnya dan pasangannya pula runsing dengan proses penuaan yang dilalui. Tetapi, jika perbincangan dan persetujuan sudah dicapai, bermakna masing-masing sudah bersedia menghadapi kemungkinan. Hanya kejujuran kepada Tuhan atas ketentuan dan utamakan kejujuran.


  • Memang ada impak positif dan negatif bercinta dengan seseorang yang berbeza generasi. Cuma apabila berpasangan dengan lelaki lebih muda, anda juga memilik jiwa yang sama.


  • Kejayaan dalam perhubungan bergantung kepada motivasi yang wujud dalam diri masing-masing. Usia bukanlah pengukur kehebatan dan kematangan seseorang. Perbezaan umur adakalanya membantu salah seorang dalam aspek nasihat mengenai kehidupan serta kerjaya.


  • Jika memilih untuk mempunyai pasangan lebih muda, jangan fikirkan soal umur, sebaliknya fikirkan samada perhubungan itu baik untuk anda atau tidak kerana elemen yang menambah sesuatu perhubungan ialah hubungan emosi dan bukan fizikal semata-mata.


  • Terima pasangan supaya dia menerima anda seadanya. Apa yang penting, anda akan tahu mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki kerana mengubah personaliti seseorang mengikut kehendak kita tidak menjanjikan kebahagian.


  • Anda tidak mampu mengubah perangai pasangan. Ini kerana, insan itu sendiri yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda boleh berbincang, tetapi tidak boleh mengubahnya mengikut apa yang anda mahu kerana pasangan yang lebih muda mempunyai egonya sendiri. Mungkin apabila usianya makin meningkat, perubahan akan berlaku.


Monday, 16 November 2009

Kisah Buah Ceri...



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Cerita untuk renungan, Ada sebuah hikayat di suatu negeri dekat Laut Carribean, terdapat 2 rakan yang sangat karib. Yang seorang itu, sanggup buat apa sahaja demi kawannya. Tapi yang seorang lagi tu amatlah liat. Apa saja yang dia mahu pasti dia minta tolong kawannya. Tapi mujurlah, si kawan yang baik hati itu, tak pernah jemu-jemu pula menolong kawannya itu.


Pada suatu hari,mereka berjalan-jalan di dalam sebuah kebun ceri. Kata seorang kawan "Aku teringin benar nak makan buah ceri yang masak ranum itu, tapi aku malaslah nak panjat" Maka jawab si kawan baiknya itu" Oh ya ker? Tapi aku memang tak pandai nak panjat….tapi" Beliau berfikir seketika dan berkata balik kepada kawannya "Setahu aku buah ni mudah gugur, lagipun dia sedang ranum tu! Kalau datang angin kuat sikit, tentu bertaburanlah buah ini akan gugur, beraya sakanlah kita" Balas si kawan tadi "Oh, begitu ke?"


Maka berkatalah kawan baik itu memberi cadangan " Kalau begitu, kita tunggu ajelah angin kuat sikit, mungkin dia gugur dan bolehlah kita sama-sama kutip nanti" Balas si kawan tadi " Tapi, malaslah aku nak kutip" Maka jawab si kawan baik, "Kalau begitu kau pergi ajelah kat bawah pohon tu, kau tadahlah tangan ke, baju ke" Balas si kawan tadi "Tapi, aku malaslah nak tadah" Kata si kawan baik "Kalau begitu, kau nganga ajelah kat bawah pohon tu, pasti buah-buah yang gugur itu terus jatuh ke mulut kau" Dia pun setuju, lalu dingangalah mulutnya luas-luas.


Dengan takdir Tuhan, tak sampai seminit, berlakulah angin yang kuat, maka buah-buah ceri itupun berguguranlah. Maka masuklah 5 biji buah ceri ke dalam mulutnya. "AlhamduLillah, rezeki" kata si kawan baik lalu bergegaslah dia mengutip sambil memakan buah yang sangat lazat itu.


Tengah-tengah dia kutip, dia agak terkejut pasal si kawan tadi masih ternganga mulutnya. Oleh kerana hairan, dia pun bertanya "Kenapa kau tak makan? Ada ulat ke?" Maka dengan mulut yang penuh ceri, dia menjawab dengan ikhlas, " Tak, aku malas nak kunyah".